Thursday, January 6, 2011

Cameron Highland 2010

Happened last school holiday...
1st Day, 16 Dec 2010,

Cuti ni g bercuti kat Cameron Highland, Pahang. Dah lame tak pegi. Seingat ak last time ak g mase darjah 3 dulu. Dah lame kan ! Huu. Nak naik atas tu bukan senang. Jalan die liku2. Bahaya jugak kalau selisih dengan kenderaan lain. Pening jgk la kepala. Dalam sejam lebih sampai kat atas. Dahla bulan 12 musim hujan. So kat atas mmg sejuk.


Ni acap bibin ngan anchen la. Hari first. Ambik pix time bosan-bosan. Kat banglo yang besa dan 'creepy'. Tapi banglo tu cantik ! Cantik sangat. Kami sampai lebih kurang pukul 5 petang. Penat ! Tak larat nk pegi mane2. Dah lah sejuk. So rehat-rehat untuk hari yang pertama. Bilik ak sangat besa kat banglo tu. Sigh** Dah la sorang-sorang. Kat cameron malam-malam sunyi. Sunyi sangat. Xde kipas dalam bilik. Ade heater jer sebelah katil. Nk taknak ak tido jela sorang-sorang.

Hari 2nd day, 17 Dec 2010..

Ak bangun lmbat pagi tu. Mama kate nk g Kea farm. Pastu nk jalan-jalan lagi sekitar Cameron tu. Wah, cepat-cepat ak g mandi. Sampai dalam bilik air sejuk gilo ! Bukak air sinki mcm air batu. Haha. Apa lagi, mandi gune heater lah ! ;)


Mase nk g kea farm tuu, Jam ! Crap. Bole ak tergelak dlam kete. Ingatkan kat KL je jam. Rupenya kat Cameron pon bole jam. Lame tau. Dah la naik bukit. Sape bawak kete manual tu mmg parah la. Saba3 ye. Biase la. Cuti sekolah ;)

Bile sampai Kea farm mule la aktiviti membeli-belah.. Limau kat sane besa-besa tau ! Warne die bright gile. Ok la, dalam 2-3 jam kat sane kitorang g plak Ladang Teh Boh Sungei Palas. Ladang teh ni terletak di sepanjang jalan Gunung Brinchang. Belok ke kiri selepas Butterfly Farm dekat Equatorial Hill Resort. Jalan nk g sane sempit. Kene hati-hati kalau ade kenderaan yang selisih dengan kite.




Ni pemandangan dari atas bukit. Syok gile ! Besa jgk la ladang teh ni. Ladang teh ni asalnya dibuka oleh orang inggeris. Lupe la nama die ape. Mase zaman penjajahan tu. So ramai orang-orang india keje kat sini sampai sekarang.
Nak sampai kat atas tu bukan senang tau. Nak muntah la. Jalan liku-liku lalu sebelah ladang teh. Tapi pemandangan lawa sangat. Trust me. Its worth the dizzy ! Haha.


Sampai je kat ats minum-minum sambil tgk pemandangan. I order Tea tarik kurang manis. Haha. Alah. atas tu jer rase nk minum. Kat bawah tak terase pon. Pastu mkn scone. Ngan strwberi jam. Sosej bun pun ade ! Sedap ! Mama belanje. Thanx mum. (;

Mase tu hujan so extand la kat situ beberapa jam. Beli la sikit-sikit souvenir. Mama plak borong byk teh. Macam-macam teh la de kat atas tu. Lemon la, strawberi,teacino. Seronok3 ! (;



A basket of tea ! Banyak ! Bole borong-borong. Haha. Lagipon kat atas ade kilang teh. Bole tengok mcm mane teh diproses. Ade la beberapa peringkat sebelum teh tu jadi serbuk. Sampai kat kite bole buat air dah. (;




Hey ! Ni teacino yang i suke tuh ! Vanilla. Haha. knpe ak tak pna perasan teh ni ade jual kat bawah ea ? Sedap tau. Bau teh die. Pehhh ! Bau vanilla. Syok nyeee minum time sejuk-sejuk.



Sebelum balik sempat lagi ak ambik gambar ngan ciku. Background lawa siot. Ak suke kot !


Bile hujan dah reda sikit ak pon gerak la g tempat kete. Nk g tempat lain pulak. Hehe.
So tamat la satu tempat yang agak menarik untuk dilawati di Cameron Highland.
Ladang teh Boh Sungei Palas memang best untuk dikunjungi tau. Kalau nk tawu korang bole g sini.
Oke la. Banyak tempat yang menarik lagi kat cameron tu yang ak pegi. Nt next post ak taip entri nyer. Sekadar berkongsi pengalaman cuti sekolah. ;)

Thanx.
Always3 Sha.


No comments: