J.E.R.A.W.A.T. Oke, ak paling benci dga perkataan ni. Tak suke. Em tapi lumrah la sebab jerawat kebiasaannya wujud pada akhil baligh. Em. Remaja lah tu ! Tension kan. Mase start cuti sekolah tu ak mengalami masalah ni. Penat ak mencari produk yang sesuai. Hasilnya kadang-kadang bertambah teruk. Sampai la satu hari ni ak g Watson, ad promoter chinese ni baik hati la consult ak pasal jerawat. Sebab die ade amik kursus kecantikan. Baru la ak sedar. Actually kite yang ade masalah ni kene start dari yang basic. Oke la. Hari ni ak kongsi sikit info ye. Sekadar pengetahuan.
Kelibat Korupsi Die !

Hellow, plz stay away from me oke ?
Macam mana terjadi Cik Pimple ?
- Kelenjar minyak mengeluarkan lebihan minyak terutamanya di muka, belakang badan ataupun di tempat yang banyak liang roma.
- Liang minyak yang tersumbat akan menjadi bintik putih jika ia terjadi di bawah kulit atau bintik hitam jika di lapisan luar kulit. Bintik putih tu la yang kite suke picit2 kuarkan isi die. Huhu.
Ape punce Cik pimple ek ?
- Faktor hormon terutama untuk perempuan dalam lingkungan umur subur adalah punca utama masalah jerawat. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 'an.
- Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.
- Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.
- Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas.
- Basuh kulit setiap hari tapi jangan terlalu kasar atau kerap.
- Gunakan pencuci muke yang lembut dan air.
- Jaga pemakanan anda. Elakkan makanan yang mungkin membuat jerawat lebih teruk. Setiap orang mempunyai alahan kepada jenis makanan yang berlainan dari orang lain.
- Dapatkan rehat yang cukup kerana jerawat mungkin timbul dari perasaan tertekan, ber masalah dan badan yang letih.
- Basuh mekap sebelum tidur. Jangan terlalu banyak menggunakan pelembab kulit muka terutamanya waktu malam.
- JANGAN PICIT jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit akan menjadi berlubang dan berparut
Info :
- Bahan paling mudah untuk mengeringkan jerawat adalah krim yang mengandungi Benzoyl peroxida. Dalam kepekatan 5 atau 10 peratus ia mengering dan memudahkan sumbatan liang minyak tanggal. Kesannya boleh dilihat dalam tempoh empat hinga enam bulan. Cube korang pegi farmasi. Cari Oxy. Itu mmg betul-betul Benzoyl peroxida. Korang bole pilih nk beli 5 % ke atau 10 %. Kalau 5 % tu murah sikit harga die. Kalau 10% tu mahal la. Huhu.
- Penggunaan pencuci muka bukan boleh menghilangkan jerawat seratus peratus tetapi ia boleh mengurangkan jerawat.
Rawatan untuk Cik Pimple.
- Cuci muke menggunakan pencuci yang berstruktur lembut sekurang-kurangnya 2 kali sehari tetapi tidak lebih 3 kali kerana ia akan mengeringkan kulit. kalau xde pencuci muke takpe. Bole cuci muke sekurang-kurangnya 5 kali sehari. Jangan gosok kuat-kuat kat muke tu. Lembut-lembut jek. Penuh kasih sayang. Kalau kasar-kasar nt akibatnya terjadi radangan pada kulit.
- Penggunaan skrub wajah juga adalah digalakkan namun penggunaannya mestilah sesuai dengan kulit. Penggunaan skrub wajah adalah bertujuan untuk membuang lebihan sebum yang tersumbat dalam Liang Pori, selain membuang bintik hitam dan bintik putih serta sel kulit mati. Namun perlu ditegaskan bahawa anda hanya perlu menggunakan skrub wajah 1 hingga 2 kali seminggu sahaja atau 1 dalam masa 2 minggu bagi mereka yang kurang terdedah dengan aktiviti luar dan pancaran cahaya matahari. Penggunaan skrub wajah yang lebih dari kadar yang disyorkan adalah amat merbahaya pada kulit khususnya pada kulit sensitive. Sila gunakan skrub wajah yang mempunyai butiran yang tidak kasar malah lembut pada kulit.
- Lepas guna scrub anda digalakkan menggunakan pelembap muka. Ini untuk memastikan kulit tidak kering.
- Letakkan ubat jerawat pada Cik pimple. ( Benzoyl peroxida )
- Janganlah selalu menukar produk pembersihan wajah dan kecantikan wajah secara kerap kerana ia mungkin menyebabkan iritasi dan alergik pada kulit anda.
* ini adalah info semata-mata. Sila dapatkan nasihat doktor untuk kesihatan anda. Kecantikan adalah hakmilik setiap insan. Selamat mencuba. Thnx.
Always3 Sha.
No comments:
Post a Comment